Tuesday, May 25, 2010

Tepuk Amai-Amai


Bila rasa seronok Muhammad akan bertepuk tangan. Biasanya bonda akan nyanyikan lagu dan Muhammmad akan berjoget sambil tepuk tangan. Antara yang dibenarkan dalam islam ialah menyanyikan lagu2 untuk anak/bayi sekadar menghiburkan dan bukannya mendidik anak2 untuk jadi penyanyi. Yang terbaik ialah mengalunkan bacaan Al Quran....tapi takkan la nak baca Al Quran sambil bertepuk tangan pulak...ye tak? So kena seimbang la...sentiasa halwakan telinga anak2 dengan bacaan ayat2 suci Al Quran dan sesekali bagi dia seronok dengan lagu2 yang dibenarkan syarak....of course... don't let your kids listening to black metal music!!!

Sunday, May 9, 2010

Merangkak la pulak!


Proses tumbesaran terus berkembang apabila Muhammad dah pun mula belajar merangkak. Walaupun masih terkial-kial namun kesungguhannya ternyata begitu memberangsangkan. Inilah hadiah untuk bonda sempena sambutan Hari Ibu tahun ini.

Di kala kejadian buang bayi begitu menjadi-jadi mutakhir ini...dimanakah perasaan belas kasihan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan seorang bayi yang suci dari dosa tapi kemudiannya berakhir dengan dibuang merata-rata, disumbat didalam lubang jamban dan ada juga yang dimakan haiwan liar....MasyaAllah. Inilah akibatnya dari kejahilan umat sehingga bayi2 yang dilahirkan oleh ibu2 yang tak layak diiktiraf sebagai seorang ibu...tiada naluri seorang ibu apatah lagi untuk merasai kemanisan sambutan Hari Ibu.

Ya Allah ampunkanlah kami semua dan jauhkanlah kami dari azabMu....