Friday, January 21, 2011

Selipar Baru

tengah buat 'test run' selipar baru



Cantik la selipar ni...TQ bonda!!!



Semalam balik rumah tokbah....sempena cuti umum. Bila balik PG selipar Muhammad tertinggal pulak kat kampung. Apa lagi bonda pun terus gi kedai kasut bata kat komplek pusat bandar PG dan angkat satu selipar baru warna hitam merah...memang selesa sebab harganya pun boleh tahan mahal....boleh beli 3 pasang selipar ayahanda...

Wednesday, November 24, 2010

Belajar Memandu


Bestnya Muhammad dapat belajar memandu...bukan memandu kereta biasa tapi kereta lumba!!!Sehinggakan walaupun race sudah tamat dia tetap tak nak melepaskan stereng...terpaksalah ayahanda menggunakan kuasa veto untuk mengeluarkan Muhammad daripada perlumbaan seterusnya. Kalau zaman ayahanda kecik2 dulu pusat game camni budak2 bawah umur memang dilarang masuk....tapi sekarang ni bende alah ni ni pulak tercongok kat tengah2 Jusco tempat laluan utama pulak tu. Budak2 pulak pantang tengok benda2 macam ni... nasib baik belum pandai mintak token....

Thursday, November 4, 2010

Budak Kecik baru nak belajar makan

Boleh ke makan aiskrim ni bonda? Kalau hari2 dapat makan aiskrim kan best?







Macam mana kami nak makan Piza ni?....gigi pun belum ada lagi? Nasib baik ada sop cendawan. Best jugak sesekali makan kat fast food restaurant ni yer?Tak boleh selalu sangat makan kat tempat camni...ayahanda kata lama2 boleh botak kepala....

Wednesday, September 1, 2010

Happy One year Birthday My Dear Son

Pejam celik dah genap setahun Si Muhammad...dah makin berakal sekarang ni....dah faham bila kena marah....bila orang suka...dah pandai merajuk...dan macam2 lagi...dan makin bertambah tanggungjawab bonda bila sorang lagi anaknya ni dah start buat perangai macam abang2 dan kakaknya...sabar je lah yer bonda...itulah tanda bonda sangat2 menyayangi anak2nya...

Monday, August 23, 2010

Genap setahun Hijrah


10 Ramadhan lepas genap setahun umur Muhammad mengikut taqwim hijrah. Selain Muhammad kakanda Luqman dan ayahanda juga lahir pada bulan Ramadhan. Kakanda Luqman genap 7 tahun pada 9 Ramadhan dan ayahanda pula berusia 37 tahun pada 13 Ramadhan. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Pada Ramadhan tahun ni semua orang berpuasa kecuali Muhammad (...bonda kot....). Yang paling mengejutkan sampai setakat hari ke 13 berpuasa...Akak Fatin masih bertahan dan terus bersemangat menunaikan ibadah berpuasa ni...Tahniah diucapkan!!!

Muhammad sekarang semakin aktif dan ligat maklumlah orang baru 'dapat kaki'...celik je mata terus melangkah ke hulu ke hilir...kadang-kadang tolong bonda 'mengemas' baju yang bonda dah siap lipat.....sabor je lah yer bonda....


Wednesday, July 21, 2010

Berlatih Bertatih

Tak jemu2 Muhammad terus berlatih menguatkan otot kaki. Dia nampak begitu teruja untuk menempuh dunia baru. Berkat dorongan dan sokongan ayahanda dan bonda serta kekanda2nya, Muhammad semakin seronok bertatih. semenjak kebelakangan ini Muhammad juga begitu manja dengan ayahanda. Apabila ayahanda pulang dari kerja terus saja dia mengejar sambil menangis mintak dikendong. Begitu juga kalau berjumpa dengan tokbah...pasti melekat dengan tokbah sampai tokbah nak hisap rokok pun payah.

Saturday, June 26, 2010

Jalan-Jalan cari......

Mula-mula belajar berdiri...lepas tu dah kuat sikit kaki tu bergerak pulak dua tiga tapak...nampaknya bersemangat betul Muhammad nak belajar berjalan...walaupun masih berpaut pada dinding dan meja. Setiap hari bonda akan melatih Muhammad bertatih. Kalau setakat tertonggeng dan terlentang tu memang biasa laaa....Begitulah kehendak Allah Taala yang berkuasa menghidupkan dan mematikan...yang penting kita mesti sentiasa ingat bahawa anak2 adalah fitnah bagi seorang bapa...Jangan terlalu sibuk melayan anak2 sehingga hak Allah kita abaikan...Berapa ramai bapa2 malah dah jadi datuk sekalipun masih bagi alasan sibuk jaga anak2 dan cucu sehingga 'terlupa' nak pegi masjid solat berjemaah......