Saturday, June 26, 2010

Jalan-Jalan cari......

Mula-mula belajar berdiri...lepas tu dah kuat sikit kaki tu bergerak pulak dua tiga tapak...nampaknya bersemangat betul Muhammad nak belajar berjalan...walaupun masih berpaut pada dinding dan meja. Setiap hari bonda akan melatih Muhammad bertatih. Kalau setakat tertonggeng dan terlentang tu memang biasa laaa....Begitulah kehendak Allah Taala yang berkuasa menghidupkan dan mematikan...yang penting kita mesti sentiasa ingat bahawa anak2 adalah fitnah bagi seorang bapa...Jangan terlalu sibuk melayan anak2 sehingga hak Allah kita abaikan...Berapa ramai bapa2 malah dah jadi datuk sekalipun masih bagi alasan sibuk jaga anak2 dan cucu sehingga 'terlupa' nak pegi masjid solat berjemaah......