Saturday, December 19, 2009

Monthly check kali ke 3



Hari ni Bonda bawak Muhammad buat monthly check kat Klinik Hijrah Tmn Cahaya Masai.Ayahanda tak dapat nak hantar Muhammad dan bonda sebab hari ini ayahanda kerja shif pagi.So terpaksalah mintak tolong dengan umi abe(jiran sebelah) untuk hantar ke klinik. Untuk lawatan kali ini Muhammad telah diberi 2 ubat dalam satu suntikan...apa ntah nama ubat tu....kali ini Muhammad nangis kuat...mungkin terkejut... sebab masa kena inject tu dia tengah menyusu.Tapi nasib baik Dr. Mahzan pandai pujuk Muhammad. Itulah kelebihan seorang doktor, selain dari seorang pakar perubatan, PR nya pun bagus. Kami sekeluarga khususnya bonda memang serasi dengan Dr. Mahzan ni. Bulan ni berat Muhammad tambah lagi sekilo daripa 6.2 ke 7.1 kg. Nampaknya dah lepas seksa Muhammad bulan ni. Cuma bonda ada sedikit bimbang kalau2 Muhammad demam selepas kena inject ni...harap2 semuanya OK. Anyway terima kasih Dr Mahzan...dan terima kasih Umi Abe yang sudi tolong hantar Muhammad ke klinik.

Friday, December 4, 2009

Demam la pulak....

Masuk hari ni dah 3 hari Muhammad demam... Inilah demam yang pertama sejak Muhammad lahir ke dunia dan yang paling teruk 2 hari lepas, demam, batuk dan pernafasannya agak terganggu...Tengah malam semalam...lebih kurang 2.30 pagi...Ayahanda dan bonda terpaksa hantar Muhammad ke Klinik Penawar Jalan Betik Kota Masai...dan sepanjang malam bonda tak lena tidur melayan karenah Muhammad...Kasihan Muhammad...Kasihan Bonda...Agaknya kejadian Abang Anep kena sawan masa bayi dulu masih menghantui hidup bonda...Ayahanda bukannya tak risau...yang penting kita dah usaha, cari ubat dan berdoa...selebihnya kita tawakkal dan berserah pada Allah....Ini baru sikit ujian Allah...dan ubat yang paling mujarab ialah SABAR...Macammana agaknya masa ayahanda kecik2 dulu kalau demam...Dah la rumah tok bah tu jauh dalam hutan(masa tu masih tinggal kat Kahang, Kluang)...Klinik jauh...takde kereta...Budak2 sekarang ni kira untung....semua dah ada depan mata...Pizza ada...KFC ada...TESCO...GIANT...pendek kata...semua duit....

Tuesday, December 1, 2009

Muhammad 3 Bulan

Alhamdulillah dah masuk 3 bulan permata hati Ayahanda dan bonda ni...Nampak makin sihat dan ceria...Tapi Bonda masih risau sebab Muhammad lambat sangat nak berlari...Bonda tu dah tak sabar2 nak main kejar2 dengan Muhammad agaknya...

Masa foto ini diambil Muhammad tengah bersiap sedia nak sambut Hari Raya Korban kat umah Tok Bah...Tu yang nampak seronok je...


Tahun ni kat umah Tok Bah ada buat korban sekor lembu...Tengok tu AyahLong tengah melapah kepala lembu sambil dibantu oleh Luqman, Amir dan Wafi...Kak Oyah tu buat menyibuk je kat situ...

Wednesday, November 18, 2009

Aduss Sakitnya....

Pagi tadi Ayahanda dan Bonda telah membawa Muhammad ke Klinik Hijrah untuk berjumpa dengan Dr Mahzan. Bukan sebab Muhammad demam atau sakit tapi hari ni Muhammad akan diberi suntikan Hepatitis B. Sebelum ni pun Muhammad dah pernah kena injection tapi masa tu baru je lahir jadi tak ler suspen sangat. Tapi kali ni Muhammad tengah bersantai-santai tiba-tiba Dr. Mahzan bagi satu injection....Adussss...bisernyer....Apalagi terus jer Muhammad nangis....tapi kejap jer...sebab Muhammad kan hero...

Friday, November 13, 2009

Terima Kasih Acik Riha

Muhammad jumpa acik Riha masa kami sama-sama balik rumah Tok Bah. Memang susah nak jumpa ngan Acik ni. Maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan harian. Dapat jumpa ni pun dah kira untung. Mana tak untungnya, dapat hadiah baju dan duit lagi. Terima kasih yer acik...
Abang long, abang ngah dan akak nadirah pun tumpang 'tui' dapat duit dari acik...By the way kami doakan semoga acik segera dikurniakan cahayamata, dan sentiasa bersabar dengan ujian dari Allah dan terus berusaha dan berdoa dan sentiasa yakin bahawa setiap yang ditakdirkan ada hikmahnya....amin.


Muhammad sedang bergaya sakan dengan baju hadiah dari Acik Riha

Thursday, October 29, 2009

Selamat Hari Lahir Bonda!

Inilah kek hari lahir bonda yang ke 30 tahun (dah makin tua rupanya). Ayahanda susah payah keluar malam2 gi cari kek ni. Walaupun Ustaz Mat Isa kata tak payah sambut hari jadi sebab meniru budaya orang kafir tapi dia tak kata benda ni sampai jatuh haram. So sekadar nak memeriahkan suasana dan nak bagi bonda happy setahun sekali ayahanda pun buat la sambutan ala kadar. Diorang anak beranak seronok la dapat makan kek coklat, Muhammad cuma dapat tengok jer...Nanti kalau Muhammad dah besar, tak bagi chan diorg makan banyak2. Agak-agaknya hadiah apa la yang bonda dapat ekkk.....

Wednesday, October 28, 2009

Teman Baru Saya


Ahmad Zarin Najmi(kanan) baru beberapa hari tinggal dengan kami. Umi Najmi mengamanahkan bonda untuk menjaga Najmi (kira macam baby sitter la...) ketika Umi Najmi keluar bekerja. Riuh rendah rumah kami sekarang kerana bukan Najmi sorang je tapi abangnya Zakuan @ Abe ( kelate maghi) pun tinggal dengan kami. Najmi berusia 4 bulan manakala Abe 4 tahun (sebaya dengan kakak Nadirah). Semoga dengan kehadiran mereka membawa rahmat dan keberkatan kepada kami sekeluarga.

Saturday, October 17, 2009

Muhammad hari yang ke 44

Hari paling lega buat bonda selepas melahirkan Muhammad....Dah takde pantang...yeaaaa.....

Monday, October 12, 2009

Muhammad 2 minggu


Detik-detik yang kritikal, lebih-lebih lagi buat bonda yang setiap kali runsing apabila ada yang 'menegur'.... '"macam ada kuning ni"...So ayahanda cadangkan bonda 'susukan' Muhammad ni sekerap mungkin. Kalau susu kambing boleh jadi ubat...Susu bonda mesti lagi powerkan? Sebenarnya setiap sesuatu kejadian Allah dah fixkan sebaik mungkin, kita jer kadang-kadang buat sambil lewa. Asalkan tak jadi mambang kuning dah ler....

Muhammad Hadiah dari Maha Pencipta


Muhammad dilahirkan pada tepat jam 3.35 pagi 31 Ogos 2009, di Wad bersalin Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Nama Muhammad dipilih selepas seminggu kelahirannya. Kenapa nama ini menjadi pilihan? Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana kecintaan yang amat mendalam Ayahandamu terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Harapan ayahanda dan bonda agar dengan menumpang kemuliaan nama keramat ini kita semua sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Muhammad, ayahanda sangat bersyukur dengan dengan kehadiranmu dalam hidup kami. Inilah kemuncak kepada segala nikmat dunia yang dikurniakan kepada ayahanda. InsyaAllah ayahanda akan memikul amanah yang Allah berikan ini sebaik mungkin. Ketahuilah olehmu Ya Muhammad ayahanda akan sedaya upaya 'mencukupkan' kamu kerana itulah bekalan buat ayahanda dan bonda apabila pulang 'kesana'.