Muhammad dilahirkan pada tepat jam 3.35 pagi, 10 Ramadhan 1430H bersamaan 31 Ogos 2009, di Wad bersalin Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Nama Muhammad dipilih selepas seminggu kelahirannya. Kenapa nama ini menjadi pilihan? Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana kecintaan yang amat mendalam Ayahandamu terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Harapan ayahanda dan bonda agar dengan menumpang kemuliaan nama keramat ini kita semua sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Muhammad, ayahanda sangat bersyukur dengan dengan kehadiranmu dalam hidup kami. Inilah kemuncak kepada segala nikmat dunia yang dikurniakan kepada ayahanda. InsyaAllah ayahanda akan memikul amanah yang Allah berikan ini sebaik mungkin. Ketahuilah olehmu Ya Muhammad ayahanda akan sedaya upaya 'mencukupkan' kamu kerana itulah bekalan buat ayahanda dan bonda apabila pulang 'kesana'.
No comments:
Post a Comment