Satu kejadian yang mengejutkan telah berlaku sehari dua ini. Muhammad dah pandai hisap ibu jari...kalau ibu jari tangan takpe gak...tapi ibu jari kaki!!! Ayahanda hanya tersenyum lega tapi bonda pulak yang tersenyum pahit...Pada mulanya bonda cuba gak menghalang Muhammad dari terus menghisap ibu jari kakinya...tapi lama kelamaan naik penat pulak bonda...last2 biar je la Muhammad dengan hobi barunya itu.
Sunday, January 31, 2010
Sunday, January 24, 2010
Saya dah boleh meniarap!!!
Seminggu dua ni...Muhammad begitu seronok sekali sebab perkembangannya yang telah meningkat satu tahap lagi....dah boleh meniarap sendiri...Ternyata ianya memerlukan usaha dan kerja keras tanpa mengenal erti putus asa...Akhirnya berjaya jugak Muhammad melepasi 'stage' ini...Tahniah dari Ayahanda dan Bonda. Bonda tu dah tak sabar2 nak melihat Muhammad berlari. Bukan apa senang sikit ayahanda dan bonda tak payah susah2 nak dukung Muhammad yang semakin hari semakin 'semangat' badannya.
Friday, January 1, 2010
Genap 4 bulan
Walaupun baru 4 bulan tapi ramai yang kata Muhammad ni dah macam baby usia 7 bulan...mana taknye, last time buat monthly check up beratnya dah lebih dari 7 kg. Alhamdulillah so far kesihatan Muhammad boleh dikatakan normal...setakat demam selsema ringan2 tu biasa la. Sebagai ibubapa yang prihatin especially bonda...tahap kesihatan Muhammad sangat2 dititik beratkan. Bukan apa sekadar nak menyangkal banyak pantang larang pelik2 yang dah tak relevan sangat tentang bayi kecil pada zaman moden yang serba canggih ni. So kepada sanak saudara dan sahabat handai diluar sana tu...jangan percaya sangat pantang larang yang pelik2...yakinlah hanya Allah SAHAJA yang boleh bagi manfaat dan mudarat. Yang penting kita usaha, berdoa dan bertawakkal selebihnya biar DIA yang buat keputusan...kita sebagai hamba...hanya perlu sabar dan redha.
Subscribe to:
Posts (Atom)