Walaupun baru 4 bulan tapi ramai yang kata Muhammad ni dah macam baby usia 7 bulan...mana taknye, last time buat monthly check up beratnya dah lebih dari 7 kg. Alhamdulillah so far kesihatan Muhammad boleh dikatakan normal...setakat demam selsema ringan2 tu biasa la. Sebagai ibubapa yang prihatin especially bonda...tahap kesihatan Muhammad sangat2 dititik beratkan. Bukan apa sekadar nak menyangkal banyak pantang larang pelik2 yang dah tak relevan sangat tentang bayi kecil pada zaman moden yang serba canggih ni. So kepada sanak saudara dan sahabat handai diluar sana tu...jangan percaya sangat pantang larang yang pelik2...yakinlah hanya Allah SAHAJA yang boleh bagi manfaat dan mudarat. Yang penting kita usaha, berdoa dan bertawakkal selebihnya biar DIA yang buat keputusan...kita sebagai hamba...hanya perlu sabar dan redha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment