Sunday, May 9, 2010

Merangkak la pulak!


Proses tumbesaran terus berkembang apabila Muhammad dah pun mula belajar merangkak. Walaupun masih terkial-kial namun kesungguhannya ternyata begitu memberangsangkan. Inilah hadiah untuk bonda sempena sambutan Hari Ibu tahun ini.

Di kala kejadian buang bayi begitu menjadi-jadi mutakhir ini...dimanakah perasaan belas kasihan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan seorang bayi yang suci dari dosa tapi kemudiannya berakhir dengan dibuang merata-rata, disumbat didalam lubang jamban dan ada juga yang dimakan haiwan liar....MasyaAllah. Inilah akibatnya dari kejahilan umat sehingga bayi2 yang dilahirkan oleh ibu2 yang tak layak diiktiraf sebagai seorang ibu...tiada naluri seorang ibu apatah lagi untuk merasai kemanisan sambutan Hari Ibu.

Ya Allah ampunkanlah kami semua dan jauhkanlah kami dari azabMu....

No comments:

Post a Comment