Wednesday, July 21, 2010

Berlatih Bertatih

Tak jemu2 Muhammad terus berlatih menguatkan otot kaki. Dia nampak begitu teruja untuk menempuh dunia baru. Berkat dorongan dan sokongan ayahanda dan bonda serta kekanda2nya, Muhammad semakin seronok bertatih. semenjak kebelakangan ini Muhammad juga begitu manja dengan ayahanda. Apabila ayahanda pulang dari kerja terus saja dia mengejar sambil menangis mintak dikendong. Begitu juga kalau berjumpa dengan tokbah...pasti melekat dengan tokbah sampai tokbah nak hisap rokok pun payah.

Saturday, June 26, 2010

Jalan-Jalan cari......

Mula-mula belajar berdiri...lepas tu dah kuat sikit kaki tu bergerak pulak dua tiga tapak...nampaknya bersemangat betul Muhammad nak belajar berjalan...walaupun masih berpaut pada dinding dan meja. Setiap hari bonda akan melatih Muhammad bertatih. Kalau setakat tertonggeng dan terlentang tu memang biasa laaa....Begitulah kehendak Allah Taala yang berkuasa menghidupkan dan mematikan...yang penting kita mesti sentiasa ingat bahawa anak2 adalah fitnah bagi seorang bapa...Jangan terlalu sibuk melayan anak2 sehingga hak Allah kita abaikan...Berapa ramai bapa2 malah dah jadi datuk sekalipun masih bagi alasan sibuk jaga anak2 dan cucu sehingga 'terlupa' nak pegi masjid solat berjemaah......

Tuesday, May 25, 2010

Tepuk Amai-Amai


Bila rasa seronok Muhammad akan bertepuk tangan. Biasanya bonda akan nyanyikan lagu dan Muhammmad akan berjoget sambil tepuk tangan. Antara yang dibenarkan dalam islam ialah menyanyikan lagu2 untuk anak/bayi sekadar menghiburkan dan bukannya mendidik anak2 untuk jadi penyanyi. Yang terbaik ialah mengalunkan bacaan Al Quran....tapi takkan la nak baca Al Quran sambil bertepuk tangan pulak...ye tak? So kena seimbang la...sentiasa halwakan telinga anak2 dengan bacaan ayat2 suci Al Quran dan sesekali bagi dia seronok dengan lagu2 yang dibenarkan syarak....of course... don't let your kids listening to black metal music!!!

Sunday, May 9, 2010

Merangkak la pulak!


Proses tumbesaran terus berkembang apabila Muhammad dah pun mula belajar merangkak. Walaupun masih terkial-kial namun kesungguhannya ternyata begitu memberangsangkan. Inilah hadiah untuk bonda sempena sambutan Hari Ibu tahun ini.

Di kala kejadian buang bayi begitu menjadi-jadi mutakhir ini...dimanakah perasaan belas kasihan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan seorang bayi yang suci dari dosa tapi kemudiannya berakhir dengan dibuang merata-rata, disumbat didalam lubang jamban dan ada juga yang dimakan haiwan liar....MasyaAllah. Inilah akibatnya dari kejahilan umat sehingga bayi2 yang dilahirkan oleh ibu2 yang tak layak diiktiraf sebagai seorang ibu...tiada naluri seorang ibu apatah lagi untuk merasai kemanisan sambutan Hari Ibu.

Ya Allah ampunkanlah kami semua dan jauhkanlah kami dari azabMu....

Tuesday, April 27, 2010

perkembangan terbaru

Lama jugak rasanya tak update kisah si Muhammad ni...Sejak Muhammad boleh 'bergerak' sendiri dan sekarang pergerakkan beliau bertambah pantas...sesekali cuba bangun dan berdiri...Tengok tu bonda punyalah happy berposing dengan Muhammad...maklumlah buah hati pengarang jantung bonda...tak boleh lekang dari bonda walau sekejap. Walaupun Muhammad yang buat hal....yang kena sebat pasti abang anep atau lokman....kesian diorang berdua tu..



Masa posting ni dibuat Muhammad baru jer nak baik demam...demam nak tumbuh gigi...dah ada 2 batang gigi bawah yang tumbuh...sampai lembik Muhammad demam nak keluarkan gigi pertamanya...Anyway syukur pada Allah SWT sebab semuanya OK...

Tuesday, March 2, 2010

My 1st Movement...



Tak sampai seminggu menguis-nguis Muhammad telah berjaya menggerakkan badannya untuk mencapai apa2 yang menarik perhatiannya. Inilah fitrah semulajadi manusia sejak dari lahir hingga dewasa dan seterusnya kembali kepada Maha Pencipta. Perkembangan seorang manusia diatur dengan begitu sistematik bukan sekadar untuk menyeronokkan ibubapa tapi yang lebih penting supaya manusia sentiasa berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah Azzawajalla. Bagi ayahanda dan bonda inilah detik2 permulaan mengumpul bekalan untuk 'alam' yang selanjutnya.

Thursday, February 18, 2010

5 months checkup

Seperti biasa hari ini Muhammad buat check up kat klinik Hijrah. Sepatutnya pada 17 hb yg lepas tapi disebabkan doktor favourite Muhammad iaitu Dr. Mahzan 'kelik' ke Kelate...terpaksalah Muhammad tunggu sampai Dr. balik semula ku Masai ni. Khabarnya Dr. Mahzan terpaksa pulang ke kampungnya kerana bapa mertua beliau diserang angin ahmar...anyway kata Dr, semuanya alhamdulillah terkawal.
Hari ini Muhammad diberikan suntikan DPT-Hib dan POLIO. Macam biasa la...Muhammad kan kuat...tak menangis langsung...itupun dengan bantuan kakaknya, Nadhirah yang selalu buat Muhammad ceria. Kebetulan hari ini Muhammad demam dan batuk2. Sebenarnya batuk2 Muhammad ni dah berlanjutan hampir sebulan. Kerap jugak Muhammad muntah2 sebab tekaknya penuh dengan kahak...Kata Dr. Mahzan musim2 panas camni penyakit batuk ni memang mudah merebak...katanya cara nak kawal...jangan duduk dekat2 dengan orang2 yang ada batuk...
Walaubagaimanapun ayahanda tak bimbang sangat sebab penyakit ni Allah yang takdirkan dan sembuhannya pun dari Allah juga...so sebagai hambanya kita kena redha, sabar, berusaha dan bertawakkal...mudah mudahan Allah selamatkan kita dari ujian dunia ini.